Sunday, 27 April 2008

Antara merebut nama Allah dan mempertahan akidah


BANYAK pihak mendesak saya memberi pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya Kristian di Malaysia. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberi pandangan ringkas dengan berkata: “Ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan. Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible bahasa Melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak edisi Inggerisnya? Adakah ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu

Didesak

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: “Jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-sunah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut. Kadangkala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu terpenting adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap Muslim atau bukan Muslim di negara ini. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis. Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya : Mengapakah kita sentiasa merasakan akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil Tuhan Allah? Mengapakah tidak dirasakan itu lebih memudahkan bagi menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam? Maka apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam atau kebimbangan disebabkan kelemahan umat Islam?”

Jika kita membaca al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar. Firman Allah: (maksudnya) Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah! (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dialah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman! (Surah al-Zukhruf ayat 87-88). Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah.” Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (surah al-Ankabut ayat 63). Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantah golongan bukan Muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w. disuruh mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik. Justeru, soal bukan Muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah. Apakah patut kita kata kepadanya: “Awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan Muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan.” Apakah ini tindakan betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah.” Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha Suci Allah dari dakwaan awak.”

Keamanan

Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia, Allah menyebut: (maksudnya)... Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40). Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian, Allah menyebut: (maksudnya) Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti).” Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. (Surah al-Maidah ayat 73). Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa di kalangan ulama Muslimin sejak dahulu yang membantah. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini. Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia akan begitu defensive, tidak memiliki antibodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan. Sehingga Allah menyebut (maksudnya): Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).

Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: Nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata: “Jika sebutan nama Tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka sekian lama memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk nabi, Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraisy dahulu. Quraisy pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: Labbaikallahhumma yang bermaksud: Menyahut seruan-Mu ya Allah! Al- Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w. dengan Quraisy Mekah, seperti berikut: “Sesungguhnya Quraisy membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraisy ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w: Barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan nama-Mu Ya Allah!).” Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w. menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah generasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirik agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik. Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi pada masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang- orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu. Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3). Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiah, uluhiah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan Muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zat-Nya, ibadah kepada-Nya dan sifat-sifat-Nya.

Mudah

Persoalan tauhid antisyirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w. telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang Badwi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sesi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan. Bukan sahaja Badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi tambah serabut. Bertahun-tahun masih kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta... lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan Tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut? Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid antisyirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah... Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka.” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da‘ iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah generasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut Tuhan bapa, Tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang antisyirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama Nabi Ibrahim, Ishak, Ya‘kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar di KAFA, JQAF dan pelbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.

Maka sebenarnya, ini adalah isu kelemahan umat Islam memahami akidah yang sebenar। Generasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan. Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bila kita mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, pelbagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan. Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.


utusan - 27/04/08
ruang bicara agama


Friday, 9 November 2007

Sindrom Goyah Jati Diri

Poor Thoughts. How To Move Forward If Policy Keeps To Reverse !

Ajar semula Sains, Matematik dalam bahasa Melayu

Oleh YULPISMAN ASLI

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Kerajaan digesa mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bagi mengangkasakan tamadun bangsa selain memenuhi peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Wakil Badan Perhubungan UMNO Johor, Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menimbulkan isu kedudukan bahasa Melayu itu tahun lalu dan membangkitkannya sekali lagi pada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini berkata, UMNO Johor tidak menolak penguasaan pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris.

‘‘Cuma, jangan abaikan jati diri kita. Bahasa Melayu adalah jati diri untuk mengangkasakan tamadun bangsa,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pendirian UMNO Johor tersebut turut dikongsi oleh wakil Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin yang membuat gesaan yang sama ketika membahaskan usul ekonomi dan pendidikan pada perhimpunan tahunan UMNO itu.

Menurut Mohd. Puad, UMNO Johor akan meneruskan perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan mahu melihat bahasa Melayu digunakan semula dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah.

Dalam konteks ini, beliau mengalu-alukan keprihatinan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menangguhkan cadangan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya untuk kertas Sains dan Matematik dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mulai tahun depan, kertas peperiksaan Sains dan Matematik sepatutnya dikendalikan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Kini kerajaan membenarkan kertas peperiksaan itu dibuat dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Mohd. Puad yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat memberitahu, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu telah dilakukan oleh UMNO sejak parti itu masih ‘bayi’ lagi dan ia juga terkandung dalam Perlembagaan parti serta Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga membidas perbuatan sesetengah pihak memanggil bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia.

‘‘Masakan kita lupa, melainkan kalau kita tidak peduli. Jadi, kita kena baca buku (Perlembagaan parti dan negara) ini.

‘‘Tapi, tak tahulah kalau kita malas nak baca. Kalau itu sikap kita, baca pun tidak, apatah lagi memahaminya, maka jauh sekali menghayatinya,” kata beliau.

Mohd. Puad berhujah: ‘‘Sebab itu, kadang-kadang kita tukar ikut suka-suka namanya. Alasannya, supaya diterima oleh semua bangsa, boleh jadi alat perpaduan negara.

‘‘Apakah kalau namanya bahasa Melayu, bermakna ia membawa perpecahan. Tunggu apa lagi, kembalikan namanya kepada bahasa Melayu.’’

Dalam perbahasan itu, beliau turut membangkitkan tindakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang disifatkan sebagai bercelaru apabila menjalankan kuliah dalam bahasa Inggeris semata-mata disebabkan terdapat seorang pelajar dari luar negara yang tidak memahami bahasa Melayu.

Dalam isu ini, beliau mengingatkan universiti dan pihak berkenaan supaya jangan bersikap lepas tangan atau ‘baling batu sembunyi tangan’ apabila memberikan pelbagai alasan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam kuliah.

Beliau mengambil contoh tindakan Universiti Malaya yang sudah mengeluarkan arahan yang disifatkan suatu ugutan supaya pengajaran di setiap fakulti dibuat dalam bahasa Inggeris.

‘‘Timbul pertanyaan, apakah mengangkasakan tamadun bangsa hanya berjaya dengan bahasa Inggeris semata-mata?

‘‘Apakah dengan menggunakan bahasa Inggeris, IPTA kita akan menjadi jaguh pendidikan dunia?

‘‘Bukankah banyak faktor lain menentukan kejaguhan kita. Bukankah gahnya sebuah universiti itu kerana sumbangannya kepada tamadun ilmu yang didukung oleh mutu pengajian dan hasil penyelidikannya,’’ kata beliau.

Mohd. Puad berkata, UMNO Johor mahu masalah itu diselesaikan.

Katanya, jika universiti terus dengan gelagat yang tidak berpegang kepada akar budaya dan bahasa negaranya, bagaimana orang Melayu hendak membina tamadun bangsa.

Tegas beliau: ‘‘Kita melihat dalam ruang lebih luas, pandangan lebih jauh ke hadapan. Kita mahu maju dengan acuan sendiri. Malah tidak ada negara di dunia yang maju dengan meminjam bahasa orang lain.’’

In the name of Allah, Most gracious Most Merciful

All praises be to Allah, The Only One worth to be worshipped and the Only One Who have power over all things.

I was called to write a commentary of the newspaper article I read on 9th November 2007 in Utusan Malaysia.

Since this article was written in BM, then I will write in BM( nanti dikatakan hilang jati diri).

Tulisan ini bukan bertujuan untuk menyindir, tetapi adalah untuk membuka minda diri dan rakan –rakan sekalian tentang perkara yang ditimbulkan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sering dibangkitkan isu ingin menukar semula pembelajaran Sains dan Matematik kepada Bahasa Malaysia..ups silap Bahasa Melayu. Sasaran utamanya dikatakan bertujuan untuk memartabatkan bahasa dan bangsa, menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmuwan. Tambahan kepada itu, ini juga didakwa bersangkut-paut dengan soal mengekalkan jati diri seolah-olah mereka yang fasih Berbahasa Inggeris atau mereka yang belajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan kehilangan jati diri.

Pertamanya, saya merasakan bahawa kerisauan seperti ini merupakan simptom kepada penyakit goyah jati diri ( penyakit baru ni – PGJD – masuk buku medic). Sifat tertutup dan rasa risau bahawa pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menampakkan ketidak yakinan sesetengah pihak terhadap kekuatan Bahasa Melayu sendiri. Seolah-olah, apabila belajar Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu akan musnah dan jati diri akan pudar.

Keduanya, sifat sesetengah pihak yang menggesa penukaran atau reversion of policy menggambarkan sifat tidak ingin memandang ke hadapan dan melihat kepada cabaran yang menanti. Jika kita ingin pergi berperang, tentu sekali apa yang kita perlukan adalah persediaan dan muafakat. Kelengkapan perlu mantap dari segi teknologi persenjataan dan kekuatan mental serta dalaman pasukan. Sekiranya suatu strategi yang dirangka dan dilaksanakan hendak ditukar semula dan terus diperbahaskan, kita tidak akan bergerak melainkan di takuk yang sama!!! Reversing the policy tidak melahirkan kesan yang signifikan malahan pelajar-pelajar akan bertambah RUNSING dan BINGUNG terhadap pertukaran yang mengambil tempat.

Jati diri?

Apakah jati diri. Banyak yang memperkatakan soal jati diri tetapi apakah yang difahami atas makna jati diri. Bahasa Melayu sebagai elemen pembinaan jati diri? Ya, tidak dinafikan perlunya rakyat Malaysia tahu dan menguasau Bahasa Melayu bahasa sendiri, tetapi jati diri tidak hanya dibina daripada bahasa, tetapi dibina daripada segenap aspek dan nilai-nilai. Mengapa soal agama dan akhlak kurang ditekankan dalam soal pembinaan jati diri? Adakah pembinaan jati diri berdasarkan bangsa lebih utama berbanding jati diri berasaskan Khaliq yang Mencipta? Adakah manusia diciptakan di atas dunia itu untuk merasa megah dengan bangsa sendiri dan menafikan kepentingan bangsa lain.? Bagaimanakah perpaduan ingin dibina sekiranya setiap bangsa begitu obsess dengan bangsa masing-masing dan tidak ingin belajar daripada kelebihan yang dijadikan atas sesuatu bangsa.

Perjuangan atas dasar bangsa semata-mata tidak akan membawa ke mana, sebaliknya lebih banyak perpecahan akan wujud. Sekiranya manusia tidak ingin mengambil pengajaran daripada ayat Allah yang menyatakan bahawa manusia ini diciptakan berbangsa-bangsa untuk saling kenal-mengenal, maka hinanya diri kerana mengikut pemikiran sendiri lebih daripada wahyu dari Khaliq Yang Maha Mengetahui.

Sifat Ego?

Maaf untuk dikatakan, tetapi mungkin benar sifat obsess yang melampau yang wujud dalam masyarakat melayu adalah atas dasar ego dan merasakan Malaysia itu hanya Melayu yang punya. Mungkin isu ini amat sensitif, tetapi penulis merasakan pemikiran ini adalah sesuatu yang salah. Malaysia bukan Melayu yang punya, bahkan ia sepatutnya menjadi milik Muslim/ Orang Islam dan menerima cara pentadbiran Islami. Malaysia seharusnya menjadi kepunyaan sesiapa sahaja yang Muslim dan menyatakan rasa rakyat Malaysia sewajarnya membawa maksud kerelaan memikul tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan mempertahankan Malaysia. Selain itu , Malaysia juga seharusnya menjadi negara yang memberi perlindungan golongan Zimmi dan mewujudkan suasana harmoni. Dengan itu, golongan Muslim dan bukan Muslim, kedua-duanya memainkan peranan membangunkan dan mempertahankan Malaysia. Inilah apa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. , barulah negara boleh gemilang.

Cukuplah Perbahasan Yang Sempit!

Janganlah rasa khuatir bahawa Bahasa Melayu akan pudar apabila penggunaan bahasa Inggeris digunakan dalam pembelajaran Sains dan matematik. Pelajar-pelajar di Malaysia amat memerlukan polisi ini diteruskan kerana persaingan pada masa akan datang adalah sangat sengit. Kebolehan berbicara dalam pelbagai bahasa adalah amat perlu. Penerokaan ilmu dalam Sains dan Matematik amat memerlukan Bahasa Inggeris buat sementara waktu. Sekiranya kita ingin mengubah keadaan ini, janganlah bermula daripada perubahan bahasa, tetapi mulalah dengan perubahan manusia. Apa yang kita perlukan adalah jati diri yang menghindarkan pelajar-pelajar daripada terikut dengan budaya negatif barat, tetapi bukan bahasa ilmuwan mereka….

Wallahu a’lam

Sunday, 7 October 2007

Renungan buat diri dan sahabat……


In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful

Segala puji dan syukur kepada Allah, Rabb dan Illah kepada sekalian alam. Zat yang Menciptakan manusia untuk satu tempoh masa untuk menilai siapa di kalangannya yang beriman dan baik dari segi amalannya.

Selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad s.a.w. atas asbab perjuangan baginda dan para sahabat, Islam dapat tersebar meluas pada hari ini, malahan menjadi pancang dan asas kepada keharmonian manusia dan alam sejagat.

Alhamdulillah, sejak berada di perantauan, kian terasa betapa uniknya dan istimewanya Islam sebagai cara hidup yang memenangi dari segala sudut kehidupan. Jika dahulu di Malaysia, Islam kebanyakannya dijalankan atas dasar warisan, tetapi berada di perantauan membuka ruang kepada pemahaman terhadap Islam itu sendiri. Jika di Malaysia, da’wah menjadi isu yang sensitif yang ramai dalam kalangan Muslim sendiri memberi pandangan negatif terhadapnya, namun berada di perantauan, pertanyaan yang banyak tentang Islam menjadikan Muslim sebagai pendakwah dengan sendirinya. Da’wah datang melalui pelbagai cara dan keengganan Muslim untuk menyampaikan risalah sama ada secara lisan dan perrbuatan secara tidak langsung menggambarkan sifat kedekut yang wujud dalam diri insan sendiri.

Mungkin, ada beberapa perkara yang membawa kepada keengganan Muslim untuk mempamerkan Islam mereka :

  • Sifat kedekut dan mengenepikan rakan bukan Islam.
  • Lemah Iman- merasa tidak yakin dengan Islam yang dibawa
  • Kurang Ilmu dan kefahaman tentang Islam
  • Merasa terancam

Sebenarnya, Muslims are leaders and should be leaders in all aspects in life. We shouldn’t be followers of other ways of life. Instead, we should be followed in terms of our way of life. Perkara utama yang perlu dinyatakan adalah perlakuan kita ini disandarkan atas keimanan kepada Allah S.W.T. Hikmah ibadah dan sebagainya adalah susulan kerana perlakuan ibadah tidak seharusnya disandarkan kepada hikmah melebihi daripada keimanan kepada Allah.


Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada Umat Islam seluruh dunia untuk menjadi duta kepada Islam. Sekiranya, mu’allaf yang memeluk Islam menjadi orang yang sangat rapat dan patuh pada Allah S.W.T. , masyarakat Muslim “ warisan” juga sangat wajar untuk mencari punca mengapa mereka tidak se-committed our new Muslim brothers and sisters. Mungkin jawapannya terletak kepada tujuan dan matlamat yang jelas atas apakah hidup ini dan pencarian dan kerinduan fitrah kepada Allah Rabbal Alamin….wallahu a’lam


Monday, 4 June 2007

Admonish Where We Still Can....

In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful

Praises be to Allah , the Lord and the Only Sovereignty Who has created us and bless us with bountiful and countless blessings. Alhamdulillah, we should feel grateful that Allah is our Lord and He has bestwoed on us Iman and Islam. Allah S.W.T. emphasize persistently in Al-Quran that He has granted us ni'mat which we can never count them. For instance , refer to Surah Ibrahim , versus 34.....

Our utmost thanks should next be to Prophet Muhammad s.a.w. for his sacrifices that brought Islam into existence until today.

Focusing on today's topic "Adomonish Where We still Can.." should indeed touch our heart immensely. In the fast-moving world nowadays, people have opted for more condusive live and to a certain extent neglect the importance of giving advices and admonition. Allah S.W.T. tells us in Surah Az-Zariyyat, versus 55 that reads;

"Give admonition, for it is beneficial to mu'minin"

In this short essay, I would therefore urge myself and friends to start to continously give admonitions. Society is actually devoid of this and hence, they proceed live unchecked whether they are on the right track or otherwise. Common , we are not to just give admonition but also willing to accept it and to apply in our daily lives. Allah has told us that only believers will take admonition, so if we don't really want to listen to admonition and advices, are we eligible to be called as true Islam believers? Ask ourselves.

Banyak orang tak nak buat sesuatu yang baik kerana tak nak rasa penting buat baik...
Banyak orang tak nak jadi cemerlang kerana tak nak fikir dan rasa kepentingan jadi cemerlang kepada diri, agama, ummah dan negara
Banyak orang sanggup buat jahat kerana tak rasa Allah sangat dekat malah lebih dekat dari jugular vein
Banyak orang tak nak nangis fikir masalah ummah dan dosa yang dilakukan kerana hati tak nak jadi sensitive terhadap perkara tersebut..

Jadi apa lagi tunggu , pertama

Sensitivekan hati supaya dapat rasa diri sebagai hamba Allah
Kedua - bina motivasi diri yang tinggi dan start pimpin diri- perasaan tak kadang-kadang kita sibuk nak pimpin orang lain tapi terlupa nak pimpin diri sendiri
Ketiga- Start admonish diri dan orang lain because that is an effective way to keep us and others on the right track.
Finally - ingat kalau kita tak nak bagi admonition sekarang, nanti dalam kubur dah tak boleh dah....mcam mana ni..dlam kubur dah tak boleh ibadah..kalu nak ibadah pulun sungguh2 dekat dunia ni..plz seruan pada diri sendiri dan rakan2..

To deliver is to practise.

InsyaAllah.....

BOSAN , PENYAKIT YANG MEMBUNUH MAHASISWA DAN MASYARAKAT

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Segala puji dan syukur bagi Allah S.W.T. yang telah menghidupkan diri ini untuk sekian tempoh sebelum pertemuan dengan-Nya pada suatu masa nanti dan telah menanugerahkan nikmat yang tidak terhitung oleh jari-jemari ini. Allah adalah Tuhan / Khaliq kita yang menjadikan kita untuk Dia uji siapa di antara kita yang paling baik dari segi amalnya.( Rujuk Surah Al-Mulk , Ayat 2 ). Allah juga telah memberitahu dan mengingatkan kita tentang suatu masa di mana kita tidak ada malah masih belum diwujudkan untuk kita refleksi diri kita.( Surah Al-Insaan, ayat 1). Semuanya ini, untuk mengajak kita berfikir sedalam-dalamnya dan belajar bersungguh-sungguh untuk bersyukur kepada Pencipta kita. Perasan tak selalu kita allocate masa untuk belajar macam – macam, tapi sangat sedikit atau tak ada pun yang kita peruntukkan untuk belajar bersyukur kepada Allah.

Baik, seterusnya selawat dan salam kepada jumjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kerana dengan perjuangan dan da’wah baginda dan of course dengan izin serta bantuan Allah ,Islam dapat terus tersebar mekar dan diamalkan oleh masyarakat seantero dunia. Mari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan berdoa untuk kesejahteraan baginda, para ahlul – bait dan para sahabat.

Bosan, suatu perasaan atau emosi yang sering dialami oleh manusia sering diisi untuk melakukan perkara-perkara yang memuaskan dan menggembirakan hati. Sesetengahnya mengisi perasaan bosan ini dengan melakukan hobi masing-masing tetapi ada juga mereka yang mengisinya dengan perkara-perkara yang negative. Sedar atau tidak, sebenarnya perasaan bosan ini berpotensi untuk menjadi satu penyakit yang mengganggu diri dan mampu untuk merebak. Sebagai akibat, perasaan bosan yang asalnya merupakan suatu yang marginal mengambil tempat di dalam hati untuk mengarah seseorang melakukan sesuatu yang disukai hati. Bila kita cakap pasal hati, lumrahnya kita bercakap pasal apa yang bad side of hati suka, betul tak? Jadinya, lama-kelamaan rasa malas untuk melakukan kebaikan datang, bila kata nak dengar ceramah jer , alaah bosan la, bila ajak belajar, alaah bosan laa..tapi bila ajak jom tengok Manchester lawan Chelsea, orang akan tanya, eh pukul berapa tu, kat mana, siaran langsung ke, eh…aku tak sanggup nak pit stop lama-lama untuk solat..eh biarlah periksa ke tak esok asalkan aku tengok match tu.

Ketahuilah, bosan sebenarnya adalah satu perasaan yang sebenarnya, insyaAllah kita ada kekuasaan dan kemampuan untuk lawannya. Hidup akan jadi bosan bila kita tidak tahu bagaimana nak corakkan hidup kita supaya ceria dan gembira mengikut landasan Islam. Saya ada pengalaman nak kongsi dengan rakan-rakan, saya rasa ramai orang ada pengalaman nih..tapi tak kira, nak cerita gak. Kadang-kadang kan, saya rasa bosan tau..biasalah tu, sifat manusia kan, jadi saya pegila buang masa kejap buat perkara-perkara yang saya tidak rancang…lepas habis buat perkara-perkara lagha tu, nak sambung buat ikut plan, lepas tu masa tak cukup, lepas tu banyak kerja lain , nak tunda itu dan ini, last kali Ya Allah , menyesalnya dah buang sangat banyak masa..tengok!!! kesan bosan. Kita banyak buang masa. Saya tidak kata kita kena teruskan kerja walaupun dah bosan, cuma isilah masa kebosanan itu dengan suatu yang menarik dan berfaedah. Ingat , masa itu pedang. Kalau kita tak potong dia, dia potong kita.

Saya ada beberapa seruan untuk diri sendiri khasnya dan untuk pembaca…

Jom start lumba lari dengan masa, tengok siapa lagi laju

Jom lawan nafsu, tengok siapa kuat, kita ke nafsu!

Jom start set mentality “Aku hidup hanya sehari”, Ya Allah, kalau aku rasa bosan buat kebaikan, nanti dalam kubur dah takleh buat kebaikan, kalau tak nak jadi baik cemerlang, nanti kat akhirat muflis dah takda harta nak kutip.

Jom start set mentaliti macam ni..

Aku adalah pemimpin diri sendiri. Setiap apa yang aku fikir ,bertindak,dan bercakap, aku perlu menjawabnya nanti di depan Allah S.W.T.

Kalau kita set macam ni, insyaAllah, kita tak ada masa untuk rasa bosan..ingat bosan hanya satu perasaan dan ia boleh diganti dengan perasaan yang lain, jika anda tahu teknik yang betul….fikirkan dan mula bertindak.

Saturday, 2 June 2007

3Q TO ANWER 3Q

3Q TO ANSWER 3Q

In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful

All praises be to Allah, the Lord Who sustains all things and set on all things. He is Alpha and Omega, meaning He is the One Who begins all things and He is also the One who puts an end to all things. He is the Only One worth worshipped, worth to be praised and to Him shall we make our return. Let us take every opportunity in life to make great relation and connection with Him because, He is always with us all time.

Salawat and Peace be upon the prophet, Muhammad s.a.w. and His Companions for the struggles to bring back people from the darkness(jahiliyyah) to the light of truth(siratal mustaqimm).

The topic, 3Q to answer 3Q may trigger numerous distinct thoughts among the readers. Basically, the topic intends to put forth the foundation for the Muslims as well as people around the globe to ponder over 3 important questions using 3 quotients. In motivational discourses, talks and so on, it is quite normal to listen to the motivator stressing about the need to fortify the three quotients :

  • Intelligent quotient
  • Emotional quotient
  • Spiritual quotient

Well, yes, basically they are all important but for what reasons? Hmm… of course, some may say, all those things are important in order to face the challenge of the world, others may say they are important to lead happy and blissful life. I might say all the answers are true but quite superficial.

Let us get into more sobering thoughts. Actually, in any thing we do, there are three questions we need to always ask so to aware ourselves.

  1. Where do we come from?
  2. Why basically are we here?
  3. Where are we heading to?

The answer that we give, base on the level of quotient that we have, may lead to the action that we may take. If the answers to all the questions are wrong, believe me, we are never to reach the destination happily and successfully. In essence, humans feel themselves lonely and live without any certain direction because they are in search of the answers to those questions. People try to do many freak things, to use their senses and brains to figure out the answers. Yes, basically, humans are dying for the answers but the incapability to get the correct answers make them to follow the answers they think are correct.( Eh, faham tak nih, pusing-pusing sikit, tapi macam tu la..)

Al-Quran and Hadith provide mankinds with the answer. There are many places in the Holy Quran whereby Allah mentioned:

(First and third question)

It is from Allah that we come and to Allah shall we make our return

For the second question :

In surah Al-Mulk , verse 2, Allah mentions that He makes us rise from dead to test who among us are best in conduct.

Surah Az-Zariyyat, verse 56,

“ Tidak Aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.”

Therefore, it is imperative to cling to the answers and work accordingly. Banyak orang tidak nampak jalan dan bertindak tidak seperti sepatutnya kerana mereka tidak faham matlamat hidup mereka.

So, how about us? We know the answers and do we will to become the same as the one who do not know. If we still act like people who do not know, then, we should remember that we are even worst than them.

Mari ambil masa untuk berfikir dan bertindaklah mengikut fikrah berlandaskan Al-Quran dan Hadith. Tidak ada nilai perkataan dan kata-kata melainkan ianya dilahirkan dalam bentuk amalan dan tindakan. Semoga Allah memimpin hati-hati ini kea rah jalan-Nya..

To deliver is to practise.

Communication and Understanding, A bless to mankind.

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS MOST MERCIFUL

Communication and Understanding, A bless to mankind.

First and foremost, let us bring back ourselves to the state of syukur to Allah S.W.T. for all the bountiful blessings that He has bestowed upon mankind. It is rather easy to see our day of collapse, it is definitely when Allah turns away from blessing and granting His rahmat to us. An advise to myself as well as to the readers, it is of great importance to crucially pay attention on our relation with Allah S.W.T. He is Our Lord, He deserves all of our submissions to Him and Allah has clearly explained on the fact that He is the One to which all things depend. Alhamdulillah, Allah has granted Islam and Iman to us, making us understand Signs that He has created. Allah explains Himself in Al-Quran and the Signs that He has created for men of understanding. To know Allah, we need to really think and ponder over the well-structured system of creation that runs continuously throughout our lives. We are fakir to Allah S.W.T., hence we desperately need Him all the time.

Salawat and Salam to Prophet Muhammad pbuh, for his struggles, perspiration and sacrifices to carry the Deen of Allah S.W.T. to enclose and light the barbaric kind of living humans used to have before. Rasulullah s.a.w. is the Messenger of Da’wah and Risalah, he came to mankind to bring the glad tidings to faithful people and stern warnings to those astray from the reminders.

Communication and Understanding, it is a common thing to mankind and even other creatures, but I suppose its main function and benefit has been very much overlooked, thus cause us not to feel grateful with it. So today, I would want to highlight this issue in a slightly different manner. Let us cogitate over this story to really understand and feel grateful of these blessings that Allah has given us.

One day, there were three men cycling around the templar park somewhere in Selangor( Templar Park kat Selangor kan , kalau tak silap…???). As they enjoyed the fresh air and beautiful scenery in that wonderful morning, one of the men broke the silent when he suddenly said that the templar was somewhat cool. Perhaps, due to his slurred speech, the other two men understand him as saying it was cold. It follows that they disagreed with the first man’s idea. Angry towards the two men, the first men dropped down his bicycle and started to quarrel with the the other two ( ini mungkin contoh extreme, takkan salah sikit gitu sampai nak gaduh teruk tak, kalau ada idea yang lebih bernas boleh kongsi).

What I am trying to highlight here, people’s life will never be in peace when we fail in our communication and fail to make people understand. If we say something and people start to understand differently, we will gradually start to feel unhappy or angry. If Allah does not give us the ability to understand each other, life will definitely going to be so disorder and disorganize. But, in many situations this does not happen , we should thank Allah for granting us this.

To deliver is To Practise……

Perjalanan Masih Jauh

Perjalanan Masih Jauh

How Many Percent of Malaysian Muslim Population Do You Think Is Able To Read Al-Qur'an?