Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.
Segala puji dan syukur bagi Allah S.W.T. yang telah menghidupkan diri ini untuk sekian tempoh sebelum pertemuan dengan-Nya pada suatu masa nanti dan telah menanugerahkan nikmat yang tidak terhitung oleh jari-jemari ini. Allah adalah Tuhan / Khaliq kita yang menjadikan kita untuk Dia uji siapa di antara kita yang paling baik dari segi amalnya.( Rujuk Surah Al-Mulk , Ayat 2 ). Allah juga telah memberitahu dan mengingatkan kita tentang suatu masa di mana kita tidak ada malah masih belum diwujudkan untuk kita refleksi diri kita.( Surah Al-Insaan, ayat 1). Semuanya ini, untuk mengajak kita berfikir sedalam-dalamnya dan belajar bersungguh-sungguh untuk bersyukur kepada Pencipta kita. Perasan tak selalu kita allocate masa untuk belajar macam – macam, tapi sangat sedikit atau tak ada pun yang kita peruntukkan untuk belajar bersyukur kepada Allah.
Baik, seterusnya selawat dan salam kepada jumjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kerana dengan perjuangan dan da’wah baginda dan of course dengan izin serta bantuan Allah ,Islam dapat terus tersebar mekar dan diamalkan oleh masyarakat seantero dunia. Mari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan berdoa untuk kesejahteraan baginda, para ahlul – bait dan para sahabat.
Bosan, suatu perasaan atau emosi yang sering dialami oleh manusia sering diisi untuk melakukan perkara-perkara yang memuaskan dan menggembirakan hati. Sesetengahnya mengisi perasaan bosan ini dengan melakukan hobi masing-masing tetapi ada juga mereka yang mengisinya dengan perkara-perkara yang negative. Sedar atau tidak, sebenarnya perasaan bosan ini berpotensi untuk menjadi satu penyakit yang mengganggu diri dan mampu untuk merebak. Sebagai akibat, perasaan bosan yang asalnya merupakan suatu yang marginal mengambil tempat di dalam hati untuk mengarah seseorang melakukan sesuatu yang disukai hati. Bila kita cakap pasal hati, lumrahnya kita bercakap pasal apa yang bad side of hati suka, betul tak? Jadinya, lama-kelamaan rasa malas untuk melakukan kebaikan datang, bila kata nak dengar ceramah jer , alaah bosan la, bila ajak belajar, alaah bosan laa..tapi bila ajak jom tengok
Ketahuilah, bosan sebenarnya adalah satu perasaan yang sebenarnya, insyaAllah kita ada kekuasaan dan kemampuan untuk lawannya. Hidup akan jadi bosan bila kita tidak tahu bagaimana nak corakkan hidup kita supaya ceria dan gembira mengikut landasan Islam. Saya ada pengalaman nak kongsi dengan rakan-rakan, saya rasa ramai orang ada pengalaman nih..tapi tak kira, nak cerita gak. Kadang-kadang
Saya ada beberapa seruan untuk diri sendiri khasnya dan untuk pembaca…
Jom start lumba lari dengan masa, tengok siapa lagi laju
Jom lawan nafsu, tengok siapa kuat, kita ke nafsu!
Jom start set mentality “Aku hidup hanya sehari”, Ya Allah, kalau aku rasa bosan buat kebaikan, nanti dalam kubur dah takleh buat kebaikan, kalau tak nak jadi baik cemerlang, nanti kat akhirat muflis dah takda harta nak kutip.
Jom start set mentaliti macam ni..
Aku adalah pemimpin diri sendiri. Setiap apa yang aku fikir ,bertindak,dan bercakap, aku perlu menjawabnya nanti di depan Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment