Sunday, 7 October 2007

Renungan buat diri dan sahabat……


In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful

Segala puji dan syukur kepada Allah, Rabb dan Illah kepada sekalian alam. Zat yang Menciptakan manusia untuk satu tempoh masa untuk menilai siapa di kalangannya yang beriman dan baik dari segi amalannya.

Selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad s.a.w. atas asbab perjuangan baginda dan para sahabat, Islam dapat tersebar meluas pada hari ini, malahan menjadi pancang dan asas kepada keharmonian manusia dan alam sejagat.

Alhamdulillah, sejak berada di perantauan, kian terasa betapa uniknya dan istimewanya Islam sebagai cara hidup yang memenangi dari segala sudut kehidupan. Jika dahulu di Malaysia, Islam kebanyakannya dijalankan atas dasar warisan, tetapi berada di perantauan membuka ruang kepada pemahaman terhadap Islam itu sendiri. Jika di Malaysia, da’wah menjadi isu yang sensitif yang ramai dalam kalangan Muslim sendiri memberi pandangan negatif terhadapnya, namun berada di perantauan, pertanyaan yang banyak tentang Islam menjadikan Muslim sebagai pendakwah dengan sendirinya. Da’wah datang melalui pelbagai cara dan keengganan Muslim untuk menyampaikan risalah sama ada secara lisan dan perrbuatan secara tidak langsung menggambarkan sifat kedekut yang wujud dalam diri insan sendiri.

Mungkin, ada beberapa perkara yang membawa kepada keengganan Muslim untuk mempamerkan Islam mereka :

  • Sifat kedekut dan mengenepikan rakan bukan Islam.
  • Lemah Iman- merasa tidak yakin dengan Islam yang dibawa
  • Kurang Ilmu dan kefahaman tentang Islam
  • Merasa terancam

Sebenarnya, Muslims are leaders and should be leaders in all aspects in life. We shouldn’t be followers of other ways of life. Instead, we should be followed in terms of our way of life. Perkara utama yang perlu dinyatakan adalah perlakuan kita ini disandarkan atas keimanan kepada Allah S.W.T. Hikmah ibadah dan sebagainya adalah susulan kerana perlakuan ibadah tidak seharusnya disandarkan kepada hikmah melebihi daripada keimanan kepada Allah.


Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada Umat Islam seluruh dunia untuk menjadi duta kepada Islam. Sekiranya, mu’allaf yang memeluk Islam menjadi orang yang sangat rapat dan patuh pada Allah S.W.T. , masyarakat Muslim “ warisan” juga sangat wajar untuk mencari punca mengapa mereka tidak se-committed our new Muslim brothers and sisters. Mungkin jawapannya terletak kepada tujuan dan matlamat yang jelas atas apakah hidup ini dan pencarian dan kerinduan fitrah kepada Allah Rabbal Alamin….wallahu a’lam


Perjalanan Masih Jauh

Perjalanan Masih Jauh

How Many Percent of Malaysian Muslim Population Do You Think Is Able To Read Al-Qur'an?