Friday, 9 November 2007

Sindrom Goyah Jati Diri

Poor Thoughts. How To Move Forward If Policy Keeps To Reverse !

Ajar semula Sains, Matematik dalam bahasa Melayu

Oleh YULPISMAN ASLI

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Kerajaan digesa mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bagi mengangkasakan tamadun bangsa selain memenuhi peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Wakil Badan Perhubungan UMNO Johor, Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menimbulkan isu kedudukan bahasa Melayu itu tahun lalu dan membangkitkannya sekali lagi pada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini berkata, UMNO Johor tidak menolak penguasaan pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris.

‘‘Cuma, jangan abaikan jati diri kita. Bahasa Melayu adalah jati diri untuk mengangkasakan tamadun bangsa,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pendirian UMNO Johor tersebut turut dikongsi oleh wakil Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin yang membuat gesaan yang sama ketika membahaskan usul ekonomi dan pendidikan pada perhimpunan tahunan UMNO itu.

Menurut Mohd. Puad, UMNO Johor akan meneruskan perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan mahu melihat bahasa Melayu digunakan semula dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah.

Dalam konteks ini, beliau mengalu-alukan keprihatinan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menangguhkan cadangan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya untuk kertas Sains dan Matematik dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mulai tahun depan, kertas peperiksaan Sains dan Matematik sepatutnya dikendalikan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Kini kerajaan membenarkan kertas peperiksaan itu dibuat dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Mohd. Puad yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat memberitahu, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu telah dilakukan oleh UMNO sejak parti itu masih ‘bayi’ lagi dan ia juga terkandung dalam Perlembagaan parti serta Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga membidas perbuatan sesetengah pihak memanggil bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia.

‘‘Masakan kita lupa, melainkan kalau kita tidak peduli. Jadi, kita kena baca buku (Perlembagaan parti dan negara) ini.

‘‘Tapi, tak tahulah kalau kita malas nak baca. Kalau itu sikap kita, baca pun tidak, apatah lagi memahaminya, maka jauh sekali menghayatinya,” kata beliau.

Mohd. Puad berhujah: ‘‘Sebab itu, kadang-kadang kita tukar ikut suka-suka namanya. Alasannya, supaya diterima oleh semua bangsa, boleh jadi alat perpaduan negara.

‘‘Apakah kalau namanya bahasa Melayu, bermakna ia membawa perpecahan. Tunggu apa lagi, kembalikan namanya kepada bahasa Melayu.’’

Dalam perbahasan itu, beliau turut membangkitkan tindakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang disifatkan sebagai bercelaru apabila menjalankan kuliah dalam bahasa Inggeris semata-mata disebabkan terdapat seorang pelajar dari luar negara yang tidak memahami bahasa Melayu.

Dalam isu ini, beliau mengingatkan universiti dan pihak berkenaan supaya jangan bersikap lepas tangan atau ‘baling batu sembunyi tangan’ apabila memberikan pelbagai alasan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam kuliah.

Beliau mengambil contoh tindakan Universiti Malaya yang sudah mengeluarkan arahan yang disifatkan suatu ugutan supaya pengajaran di setiap fakulti dibuat dalam bahasa Inggeris.

‘‘Timbul pertanyaan, apakah mengangkasakan tamadun bangsa hanya berjaya dengan bahasa Inggeris semata-mata?

‘‘Apakah dengan menggunakan bahasa Inggeris, IPTA kita akan menjadi jaguh pendidikan dunia?

‘‘Bukankah banyak faktor lain menentukan kejaguhan kita. Bukankah gahnya sebuah universiti itu kerana sumbangannya kepada tamadun ilmu yang didukung oleh mutu pengajian dan hasil penyelidikannya,’’ kata beliau.

Mohd. Puad berkata, UMNO Johor mahu masalah itu diselesaikan.

Katanya, jika universiti terus dengan gelagat yang tidak berpegang kepada akar budaya dan bahasa negaranya, bagaimana orang Melayu hendak membina tamadun bangsa.

Tegas beliau: ‘‘Kita melihat dalam ruang lebih luas, pandangan lebih jauh ke hadapan. Kita mahu maju dengan acuan sendiri. Malah tidak ada negara di dunia yang maju dengan meminjam bahasa orang lain.’’

In the name of Allah, Most gracious Most Merciful

All praises be to Allah, The Only One worth to be worshipped and the Only One Who have power over all things.

I was called to write a commentary of the newspaper article I read on 9th November 2007 in Utusan Malaysia.

Since this article was written in BM, then I will write in BM( nanti dikatakan hilang jati diri).

Tulisan ini bukan bertujuan untuk menyindir, tetapi adalah untuk membuka minda diri dan rakan –rakan sekalian tentang perkara yang ditimbulkan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sering dibangkitkan isu ingin menukar semula pembelajaran Sains dan Matematik kepada Bahasa Malaysia..ups silap Bahasa Melayu. Sasaran utamanya dikatakan bertujuan untuk memartabatkan bahasa dan bangsa, menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmuwan. Tambahan kepada itu, ini juga didakwa bersangkut-paut dengan soal mengekalkan jati diri seolah-olah mereka yang fasih Berbahasa Inggeris atau mereka yang belajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan kehilangan jati diri.

Pertamanya, saya merasakan bahawa kerisauan seperti ini merupakan simptom kepada penyakit goyah jati diri ( penyakit baru ni – PGJD – masuk buku medic). Sifat tertutup dan rasa risau bahawa pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menampakkan ketidak yakinan sesetengah pihak terhadap kekuatan Bahasa Melayu sendiri. Seolah-olah, apabila belajar Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu akan musnah dan jati diri akan pudar.

Keduanya, sifat sesetengah pihak yang menggesa penukaran atau reversion of policy menggambarkan sifat tidak ingin memandang ke hadapan dan melihat kepada cabaran yang menanti. Jika kita ingin pergi berperang, tentu sekali apa yang kita perlukan adalah persediaan dan muafakat. Kelengkapan perlu mantap dari segi teknologi persenjataan dan kekuatan mental serta dalaman pasukan. Sekiranya suatu strategi yang dirangka dan dilaksanakan hendak ditukar semula dan terus diperbahaskan, kita tidak akan bergerak melainkan di takuk yang sama!!! Reversing the policy tidak melahirkan kesan yang signifikan malahan pelajar-pelajar akan bertambah RUNSING dan BINGUNG terhadap pertukaran yang mengambil tempat.

Jati diri?

Apakah jati diri. Banyak yang memperkatakan soal jati diri tetapi apakah yang difahami atas makna jati diri. Bahasa Melayu sebagai elemen pembinaan jati diri? Ya, tidak dinafikan perlunya rakyat Malaysia tahu dan menguasau Bahasa Melayu bahasa sendiri, tetapi jati diri tidak hanya dibina daripada bahasa, tetapi dibina daripada segenap aspek dan nilai-nilai. Mengapa soal agama dan akhlak kurang ditekankan dalam soal pembinaan jati diri? Adakah pembinaan jati diri berdasarkan bangsa lebih utama berbanding jati diri berasaskan Khaliq yang Mencipta? Adakah manusia diciptakan di atas dunia itu untuk merasa megah dengan bangsa sendiri dan menafikan kepentingan bangsa lain.? Bagaimanakah perpaduan ingin dibina sekiranya setiap bangsa begitu obsess dengan bangsa masing-masing dan tidak ingin belajar daripada kelebihan yang dijadikan atas sesuatu bangsa.

Perjuangan atas dasar bangsa semata-mata tidak akan membawa ke mana, sebaliknya lebih banyak perpecahan akan wujud. Sekiranya manusia tidak ingin mengambil pengajaran daripada ayat Allah yang menyatakan bahawa manusia ini diciptakan berbangsa-bangsa untuk saling kenal-mengenal, maka hinanya diri kerana mengikut pemikiran sendiri lebih daripada wahyu dari Khaliq Yang Maha Mengetahui.

Sifat Ego?

Maaf untuk dikatakan, tetapi mungkin benar sifat obsess yang melampau yang wujud dalam masyarakat melayu adalah atas dasar ego dan merasakan Malaysia itu hanya Melayu yang punya. Mungkin isu ini amat sensitif, tetapi penulis merasakan pemikiran ini adalah sesuatu yang salah. Malaysia bukan Melayu yang punya, bahkan ia sepatutnya menjadi milik Muslim/ Orang Islam dan menerima cara pentadbiran Islami. Malaysia seharusnya menjadi kepunyaan sesiapa sahaja yang Muslim dan menyatakan rasa rakyat Malaysia sewajarnya membawa maksud kerelaan memikul tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan mempertahankan Malaysia. Selain itu , Malaysia juga seharusnya menjadi negara yang memberi perlindungan golongan Zimmi dan mewujudkan suasana harmoni. Dengan itu, golongan Muslim dan bukan Muslim, kedua-duanya memainkan peranan membangunkan dan mempertahankan Malaysia. Inilah apa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. , barulah negara boleh gemilang.

Cukuplah Perbahasan Yang Sempit!

Janganlah rasa khuatir bahawa Bahasa Melayu akan pudar apabila penggunaan bahasa Inggeris digunakan dalam pembelajaran Sains dan matematik. Pelajar-pelajar di Malaysia amat memerlukan polisi ini diteruskan kerana persaingan pada masa akan datang adalah sangat sengit. Kebolehan berbicara dalam pelbagai bahasa adalah amat perlu. Penerokaan ilmu dalam Sains dan Matematik amat memerlukan Bahasa Inggeris buat sementara waktu. Sekiranya kita ingin mengubah keadaan ini, janganlah bermula daripada perubahan bahasa, tetapi mulalah dengan perubahan manusia. Apa yang kita perlukan adalah jati diri yang menghindarkan pelajar-pelajar daripada terikut dengan budaya negatif barat, tetapi bukan bahasa ilmuwan mereka….

Wallahu a’lam

No comments:

Perjalanan Masih Jauh

Perjalanan Masih Jauh

How Many Percent of Malaysian Muslim Population Do You Think Is Able To Read Al-Qur'an?